Joseph Goebbels
Joseph Goebbels

Joseph Goebbels

Paul Joseph Goebbels (29 Oktober 1897 - 1 Mei 1945) merupakan Menteri Propaganda Reich di bawah kerajaan Adolf Hitler sejak tahun 1933 sehinggalah kematiannya pada 1945. Beliau boleh dianggap sebagai tunjang utama parti Nazi dan bidang kuasanya merangkumi semua media massa di Jerman ketika itu termasuklah radio, suratkhabar, pawagam dan teater. Kerjanya sebagai ahli propaganda telah berjaya menaikkan nama Adolf Hitler ke tampuk pemerintahan pada 1933. Itu kerana beliau dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa sekerap mungkin sehinggalah kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'. Di samping itu, Goebbels boleh juga dianggap sebagai Canselor Jerman yang paling singkat sekali, hanya selama lima jam iaitu selepas Adolf Hitler membunuh diri sehinggalah beliau sendiri membunuh diri sehari kemudian.

Joseph Goebbels

Lahir Paul Joseph Goebbels
(1897-10-29)29 Oktober 1897
Rheydt, Prusia, Empayar Jerman
Pekerjaan Ahli Politik
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Tandatangan
Alma mater Universiti Bonn
Universiti Würzburg
Universiti Freiburg
Universiti Heidelberg
Pasangan Magda Ritschel
Digantikan oleh Tiada
Canselor Adolf Hitler
Parti politik Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Parti Nazi) (1924-1945)
Kabinet Kabinet Hitler
Anak-anak 6
Meninggal dunia 1 Mei 1945(1945-05-01) (umur 47)
Berlin, Jerman
Presiden Karl Donitz
Dilantik oleh Adolf Hitler